Posted by: syamsalleh | February 9, 2009

Perak : Kapal 2 Nakhoda…

Memang itulah ibarat yang sesuai untuk situasi yang terjadi di negeri kelahiran bapaku, Perak. Nakhoda Nizar pembawa harapan rakyat. Nakhoda Zambry ditentukan BN dan pilihan Sultan.

Nakhoda Nizar dikatakan boneka DAP. Hanyalah babu dan tiada pendirian menurut BN. Hakikatnya walaupun dalam ketidaktentuan Nakhoda Nizar punya kekuatan. Kekuatan untuk menyatakan Sultan telah salah pertimbangan. Keputusan Sultan bisa mengundang padah. Nakhoda Nizar memberi cadangan yang bernas tetapi sayugia ditolak.

Nakhoda Zambry dari Pulau Pangkor, pulau pelancongan. Bila diketahui asalnya rakyat telah dapat merasakan adanya udang disebalik batu. Kenapa MB baru dari pulau pelancongan? Untuk dapatkan publisiti murahan, MB bukan dari kawasan tertekan dek kemiskinan. Kawasan MB punya kemajuan. Anda sendiri tahu kalau pulau pelancongan mendatangkan wang…

Nakhoda Nizar tidak mahu beralah walau diancam dicampak ke laut. Katanya dia bersama harapan rakyat.  Ramai yang masih menyokong. Ramai yang simpati diperlakukan begini oleh BN. BN dapat kerusi majoriti tapi hilang sokongan rakyat.

Nakhoda Zambry berpendidikan tinggi tapi kalau bermain dengan lumpur akan terlekat juga kotorannya. BN dapat sokongan ADUN korupsi. Adakah bermakna BN menerima korupsi?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: