Posted by: syamsalleh | February 7, 2009

Teratai Demam (Bahagian 10)

Oleh : Syam Salleh

Sudah banyak cerita mengenai Kak Bangau yang telah diketahui oleh Mak Teratai. Kak Bangau bukanlah insan yang ideal sebagai pemimpin mahupun sebagai anggota masyarakat.

Kak Bangau pernah ditangkap khalwat dengan Buaya Darat oleh penduduk desa. Bukan sekali tapi sudah berkali-kali. Itupun semasa Kiambang masih hidup. Kiambanglah yang telah menyelamatkan Kiambang daripada dikahwinpaksa dengan Buaya Darat.

Kak Bangau juga pernah kahwin lari bersama Musang Berhidung belang di Selatan Siam. Ibu dan bapa Kak Bangau dimalukan sendiri oleh anaknya. Kiambang yang membantu mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Desa Permai itupun setelah Tuan Kadi menyampaikan syarahan ” Kepentingan Wali dalam Majlis Akad Nikah Pernikahan’ selama 2 jam. Akhirnya mereka bercerai juga selepas 2 bulan atas alasan tiada persefahaman. Alasan yang biasa dikemukakan oleh para artis menjadi pilihan Kak Bangau.

Kak Bangau juga pernah mencuri beberapa helai kain batik sutera Terengganu dan menukarkannya dengan kain batik Pekalongan yang dipesan oleh Mak Harimau semasa lawatan ke Kuala Terengganu dulu. Memang silap Tok Ketua juga terlalu mengharapkan Kak Bangau. Bulat-bulat Tok Ketua di tipu oleh Kak Bangau. Nasib baik Tok Ketua tidak kena telan oleh isterinya itu yang garang orangnya. Cuma kena halau dari rumah 3 hari sahaja.

Penduduk desa dapat mendiamkan sahaja kelakuan buruk itu. Namun, sifat Kak Bangau yang suka menjaja cerita dan membawa mulut memang tidak dapat diterima penduduk desa. Penduduk desa secara diam-diam menjauhkan diri darinya. Semua aktiviti yang dianjurkan oleh Kak Bangau sebagai Ketua Puteri UMNO cawangan Desa Permai tidak lagi mereka sertai. Mereka takut sejarah lama berulang lagi. Kisah 400 tahun dahulu.

Menurut hikayat yang empunya cerita, pernah ada seorang anggota keluarga Kak Bangau telah disumpah menjadi batu kerana bersekedudukan dengan seorang ahli keluarga katak yang telah diguna-gunakannya. Menurut yang empunya cerita, Bangau itu mengamalkan ilmu yang salah dan melanggar pantang syarat ilmunya itu. Menurut hikayat lagi Bangau yang disumpah menjadi batu itu memang suka menjaja cerita orang ke sana ke mari. Menurut orang-orang tua dulu, Si Bangau itu telah pun menyihir nenek kepada nenek Kiambang dan Mak Teratai untuk mendapatkan Katak itu sehingga mati muntah darah.

Inilah Bangau yang telah disumpah menjadi batu. Ia telah menjadi mercu tanda Desa Permai sebagai peringatan tidak menuntut ilmu yang salah.

Inilah Bangau yang telah disumpah menjadi batu. Ia telah menjadi mercu tanda Desa Permai sebagai peringatan tidak menuntut ilmu yang salah.

Memang pembalasan Tuhan itu ke atas semua makhluk. Katak yang telah diguna-gunakan itu juga telah bertukar menjadi batu. Sebenarnya katak yang disumpah itu bukanlah dari susur galur keturunan Katak tetapi daripada spesies yang berbeda. Warnanya pun kuning jingga walhal Katak suami Teratai berketurunan hijau pucuk pisang.

Mak Teratai memang sebenarnya menganggap cerita-cerita itu sebagai mitos tetapi setelah terkena dengan perbuatan Kak Bangau setelah kematian Kiambang dulu telah cukup mengajarnya. Itulah juga antara sebab dia amat membenci Katak kerana beranggapan Katak bersekongkol dengan Bangau untuk membunuh Kiambang. Cerita kononnya Katak itu miskin dan hina hanyalah sebagai pelapik bicara supaya orang ramai tidak mengatakan Mak Teratai percaya dengan benda-benda tahyul.

Dengan tidak semena-mena, air mata Mak Teratai berlinangan membasahi pipinya. Dia takut perkara yang sama terjadi pada Kiambang akan berlaku pada Teratai. Maka dia beralah dengan kehendak Katak. Jauh disudut hatinya percaya bahawa Katak itu jujur dan ikhlas. Cuma masa yang telah mencemar kemesraan antara menantu dan ibu mertua.

bersambung….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: