Posted by: syamsalleh | February 4, 2009

Teratai Demam (Bahagian 8)

Oleh : Syam Salleh

“Assalamualaikum! Mak! Mak!” Terketar-ketar suara katak memberi ucapan salam di depan pintu rumah Mak Teratai. Rasa-rasa seakan mahu terkencing. Rasa-rasa perut memulas-mulas mahu terberak. Perasaan gementar bercampur-gaul dengan takut dan ditambah pula dengan ketidakpastian.

“Apakah Mak Teratai dapat menerima kedatanganku ini?” Katak berteka-teki dalam hati. Katak memang ada rasa lemah semangat berhadapan dengan Mak Teratai sejak kecil lagi. Sebelum peristiwa-peristiwa itu lagi.

Mak Teratai mengintai dari jendela rumahnya. Dilihatnya Katak sedang terjenguk-jenguk ke dalam rumah. Mak Teratai tiba-tiba naik darah.

“Ha! Apa lagi yang kau mahu lagi, Katak? Sudah puas kau hancurkan keluarga aku, kau pecah-belahkan keluarga aku, kau hasut anak aku supaya membenciku. Kau telah meranapkan hidupku seperti api menjilat dedaun kering. Apa lagi yang kau mahu?” Air mata Mak Teratai seraya bercucuran seperti hujan membasahi bumi sewaktu musim tengkujuh. Kalau tiada sebarang usaha untuk menenangkan hati wanita separuh abad ini nescaya boleh terjadi bah pula.

“Janganlah mak cakap begitu. Katak tak berniat sebegitu. Sebenarnya Katak ingin merayu kepada mak supaya datang menziarahi Teratai. Teratai demam, mak!” giliran Katak pula teresak-esak kepiluan mengenangkan Teratai.

“Sudah! Aku tak mahu lagi mendengar cerita kau. Berambus kau dari sini.” bentak Mak Teratai. Jauh di sudut hatinya merasa kesian terhadap Teratai. Rindu-rindunya yang telah lalu terhadap Teratai masih belum juga penwarnya. Ini pula tiba rindu yang baru. Adakah Teratai masih seperti dulu. Langsing bergaya menjadi siulan pemuda desa ataupun telah melebar seperti dirinya.

“Tolonglah mak!” rayu Katak. “Teratai terkena penyakit macam makcik Kiambang dulu. Saya risaukan dia. Dia sudah tidak lalu menjamah makanan. Meneguk air pun tersekat di tekak inikan pula nak menelan makanan. Sakitnya makin lama makin parah. Teratai semakin layu, mak!” jelas Katak lagi.

Mak Teratai berubah wajah. Perasaan kasihan semakin berganda. Memang seperti itulah penyakit Kiambang dulu yang sipi-sipi terkena ludah sirih beracun itu. Kiambang dulu kalau pasal makan memang pantang dilawa. Berpinggan-pinggan jadinya. Kalau tidak dijemput pun, Kiambang akan membiasakan diri menghidangkan juadah sambil-sambil mencuit makanan. Tetapi setelah sakit sebutir nasi pun tidak dimakannya. Air tebu kegemarannya itu pun tidak lagi diendahkan.

“Saya harus ke Paya Lebar. Di sanalah saya harus pergi mendapatkan ubat untuk Teratai. Sepeninggalan saya, tolonglah mak tengok-tengokkan Teratai” kata Katak yang masih lagi tersedu-sedu menahan sebak.

“Baiklah. Kali ni mak tolong kau, Katak” Mak Teratai menampar pipinya sendiri. Dalam hatinya dia sendiri tidak pasti kenapa dia bersetuju dengan Katak. Bukankah dia begitu membenci Katak. Bukankah Katak yang menghancurkan kehidupannya selama ini. Kenapa? Kenapa? Di saat itulah Mak Teratai menamatkan dendamnya. Dia harus melihat anak kesayangannya yang sedang sakit. Dia memang tidak sabar lagi untuk bertemu dengan Teratai.

bersambung…


Responses

  1. Raja adil raja dijunjung….kalau dah x adil nasibla…baca balik buku sejarah melayu
    BOIKOT TV3!!!!!!!BOIKOT TV3!!!!!!!BOIKOT TV3!!!!!!!BOIKOT TV3!!!!!!!BOIKOT TV3!!!!!!!BOIKOT TV3!!!!!!!BOIKOT TV3!!!!!!!BOIKOT TV3!!!!!!!BOIKOT TV3!!!!!!!PRO PENIPU!!!

  2. tetapi jangan terlalu emosi…Kita ikuti sahaja mereka melangsungkan sandiwara semasa…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: