Posted by: syamsalleh | January 1, 2009

Kalendar Hijrah dan Masihi : Perbandingan

Kalendar Hijrah dikira dari permulaan Hijrah Muhammad Rasullullah yang terakhir dari Makkah ke Yathrib yang kemudiannnya dikenali sebagai Madinah. Kalendar Hijrah menggunakan sistem Qamariah iaitu pergerakan bulan mengelilingi bumi. Kalendar Hijrah mula dipakai pada pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab sekitar 15 Hijrah iaitu 15 tahun selepas Hijrah Rasullullah. Kalendar Hijrah mempunyai 355 hari iaitu untuk melengkapkan pusingan bulan. Bulan-bulannya adalah mengikut sistem Arab kuno dan telah diiktiraf dalam Al-Quran melalui beberapa surah yang menjelaskan nama-nama bulan. Kalendar ini mempunyai 29 hingga 30 hari dan boleh bertukar-tukar bilangan hari dalam sebulan tetapi bilangan hari dalam setahun adalah tetap.

Kalendar Masihi pula dikira dari kelahiran Nabi Isa A.S. tetapi mempunyai 2 versi yang berbeza iaitu Julian dan Gregorian. Kalendar Masihi adalah menurut pergerakan bumi mengelilingi matahari.

Kalendar Julian dperkenalkan oleh Julius Ceasar 46 tahun Sebelum Masihi yang diasaskan dari Kalendar Roman kuno yang telah diberi format baru.  Kalendar Julian dikatakan untuk menentukan musim tropikal dan mempunyai 365 hari setahun tetapi ada tambahan satu hari dalam bulan Februari setiap empat tahun kerana secara perkiraannnya setiap tahun mempunyai 365.25 hari.  Pada asalnya hanya ada 355 hari dalam setahun tetapi oleh kerana mereka menggunakan sistem musim ini terpaksa ditambah 10 hari menjadi 365 hari. Tetapi oleh kerana berdasarkan peredaran musim, Rom terpaksa menambah hari dalam beberapa tahun mereka menjadikan setiap tahun tidak mempunyai hari yang sama. Nama-nama bulan mengikut nama dawa-dewi Rom Kuno.

Kalendar Masihi dari tafsiran Gregorian menunjukkan dalam satu tahun ada 365 atau 366 hari. Kalendar Gregorian mula digunapakai pada 15 Oktober 1582 setelah diperkenan oleh Uskup Agung Gereja Katolik Pope Gregory ke-13 untuk menggantikan Kalendar Julian yang dilihat sebagai tidak tepat kerana banyak sangat hari yang perlu ditambah dalam tahun lompat. Penggunaannya telah diperkenalkan secara berperingkat kerana banayk negara yang tidak menganut ajaran Katolik seperti British yang bermazhab Gereja England mula menggunakan kalendar Gregorian mulai tahun 1752 dan Russia yang sebahagian besar adalah pengikut mazhab Orthodoks pada tahun 1918. Inilah kalendar yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Dalam Kalendar Gregorian ini, bilangan hari dalam sebulan adalah tetap kecuali bulan Februari yang ditambah sehari setiap empat tahun.


Responses

  1. good to know bout this…=)

  2. salam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: