Posted by: syamsalleh | December 29, 2008

Ma’al Hijrah : Sejarah Takwim Hijrah

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah adalah hasil dari  ilham Saiyidina Umar Al-Khattab.  Ada satu riwayat yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat Umar yang telah dihantar kepadanya.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar antara lain Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah seperti Tahun Gajah. Tahun Gajah berasal dari serangan tentera bergajah ke atas Mekah oleh Abrahah dari Yaman.

Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar Islam. Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Peristiwa ini telah menyebabkan agama Islam ditegakkan.

Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu. Ini termotivasi dari peristiwa hijrah itu sendiri yang telah mempersaudarakan dua puak yang bertelagah iaitu Aus dan Khazraj yang kemudiannya dikenali sebagai Ansar dengan kaum penghijrah iaitu Muhajirin.


Responses

  1. Selamat Tahun Baru Hijrah 1430H


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: