Posted by: syamsalleh | December 22, 2008

Gurindam 12 : Fasal 10

Dalam Fasal 10, Raja Ali Haji memberi peringatan akan kepentingan kekeluargaan secara seimbas lalu. Rangkap 1 dan 2 secara jelas menerangkan keperluan menghormati ibu dan bapa. Rangkap 3 menjelaskan kemestian bagi ibu dan bapa mendidik anak-anak sehingga berjaya. Dalam rangkap ini balai yang dimaksudkan adalah perkhidmatan terhadap raja dengan erti kata lain pekerjaan yang baik.

Rangkap 4 pula adalah hubungan yang patut dilakukan oleh suami terhadap isteri supaya tidak berlaku perkara sumbang diluar nikah. Rangkap 5 pula kepentingan persahabatan yang juju dan ikhlas kerana persahabatan seperti ini akan membantu dikemudian hari.

Rumusan Oleh : Syam Salleh

Inilah Fasal 10 :

     Dengan bapa jangan durhaka,
      supaya Allah tidak murka

      Dengan ibu hendaklah hormat,
      supaya badan dapat selamat

      Dengan anak janganlah lalai,
      supaya boleh naik ke tengah balai

      Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
      supaya kemaluan jangan menerpa

      Dengan kawan hendaklah adil
      supaya tangannya jadi kapil


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: