Posted by: syamsalleh | December 17, 2008

Teratai Demam (Bahagian 7)

Oleh : Syam Salleh

“Tidak perlulah abang ke sana. Teratai tidak sanggup abang dihina lagi. Cukuplah dengan masa-masa lalu. Janganlah kita mengundang kemarahan mak lagi. Mak Teratai sudah lanjut usia. Janganlah kita susahkan mak lagi. Budi mak yang lepas-lepas pun Teratai tidak terbalas. Dosa Teratai yang sudah-sudah pun belum lagi terampun. Seksa jiwa Mak Teratai yang pedih-pedih pun belum lagi terubat.” Teratai teresak-esak sambil mengesat linangan air matanya yang sudah membasahi pipi.

Katak turut pilu mendengar rayuan si isteri. Katak memang tidak dapat melupakan penghinaan dan kejian yang dilemparkan kepadanya oleh Mak Teratai tetapi jauh di sudut hatinya dia sudah lama mengampunkan Mak Teratai. Katak tahu Mak Teratai membuat itu semua untuk kebahagiaan anaknya. Mak Teratai hanya cuba mempertahankan kepentingan anaknya, menjaga keselamatan anaknya dan menyelamatkan maruah anaknya. Semua ibu pasti akan berbuat demikian. Semua ibu akan bermati-matian untuk anaknya. Itulah ibu.

Semasa Harimau yang masih kecil terbunuh terkena jerat musang dulu, ibunya telah menuntut bela. Habis seluruh kampung sebelah diredah oleh Mak Harimau. Mak Harimau seperti orang gila. Membunuh tidak tentu hala. Semua warga desa turut ketakutan kerana Mak Harimau itu isteri pertama Tok Ketua. Tok Ketua sendiri pun pernah kena terkam oleh Mak Harimau apabila dia mendapat tahu Tok Ketua menikah lagi satu. Ada dua minggu juga Tok Ketua dalam keadaan koma di hospital.

Dalam diam-diam Katak meninggalkan rumah menuju ke rumah Mak Teratai. Sudah hilang rasa malunya terhadap Mak Teratai akibat perbuatannya dulu. Sudah hilang rasa gentarnya terhadap Mak Teratai akibat kebengisannya dulu. Dia rasa Mak Teratai akan dapat memaafkan mereka. Katak seolah-olah sudah dapat mengetahui cara untuk melembutkan hati Mak Teratai supaya dapat menerima anaknya kembali.

Setibanya Katak di depan rumah Mak Teratai, Katak menadah tangannya ke langit seraya berdoa agar Mak Teratai dibukakan pintu hati. Berdoa agar Mak Teratai berfikiran waras dan memahami keadaan sebenar. Berdoa agar Mak Teratai sudah makan tengah hari kerana Mak Teratai suka marah-marah kalau dia dalam keadaan lapar.

Semuanya sudah berada difikiran Katak. Dia hanya perlu menceritakan kisah yang sebenarnya dan tidak cuba meneymbunyikan apa-apa lagi. Dia harus berterus terang kepada Mak Teratai yang nyawa Teratai dalam bahaya. Penyakitnya sudah bertambah teruk. Dia harus juga meyakinkan Mak Teratai bahawa dia terpaksa pergi ke Paya Lebar untuk mencari ubat penyakit Teratai.

Katak harus menjelaskan bahawa penyakit Teratai mempunyai simtom-simtom yang sama seperti Kiambang dahulu. Akibat lambat mendapatkan ubat, Kiambang telah kehilangan nyawanya. Dia mesti memberitahu Mak Teratai akan hal ini supaya pisang tidak berbuah dua kali. Supaya jalan berduri tidak ditempuhi buat kali kedua. Supaya cukuplah satu nyawa terkorban dan tidak perlu nyawa yang kedua dikorbankan sama. Katak mesti meyakinkan Mak Teratai.

bersambung…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: