Posted by: syamsalleh | December 15, 2008

Gurindam 12 : Fasal 7

Dalam Fasal 7, Raja Ali Haji telah memberikan amalan yang baik dan yang buruk dalam kehidupan seharian manusia dan kesannya terhadap individu tersebut. Peringatan ini jika kita amat-amati memang benar dan tidak dapat disangkal lagi. Kehidupan dan tatacara hidup bermasyarakat dijelaskan walaupun dengan hanya sebaris-dua ayat tetapi menunjukkan peri pentingnya memperbaiki sikap.

Rumusan oleh : Syam Salleh   

Inilah Fasal 7 :

      Apabila banyak berkata-kata,
      di situlah jalan masuk dusta

      Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
      itulah tanda hampirkan duka

      Apabila kita kurang siasat,
      itulah tanda pekerjaan hendak sesat

      Apabila anak tidak dilatih,
      jika besar bapanya letih

      Apabila banyak mencacat orang,
      itulah tanda dirinya kurang

      Apabila orang yang banyak tidur,
      sia-sia sahajalah umur

      Apabila mendengar akan khabar,
      menerimanya itu hendaklah sabar

      Apabila mendengar akan aduan,
      membicarakannya itu hendaklah cemburuan

      Apabila perkataan yang lemah lembut,
      lekaslah segala orang mengikut

      Apabila perkataan yang amat kasar,
      lekaslah orang sekalian gusar

      Apabila pekerjaan yang amat benar,
      tiada boleh orang berbuat onar


Responses

  1. Mana la hang dapat sajak2 ni,… kat kitab sajak lama2 la kot ehh?

  2. Raja Ali Haji adalah pengarang yang telah melahirkan karya yang agung terutama bidang tasawuf….
    Cuma I tambah ulasan sikit…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: