Posted by: syamsalleh | December 14, 2008

Gurindam 12 : Fasal 5

Dalam Fasal 5, Raja Ali Haji telah secara psikologi terbalik (reverse-psycology) menasihatkan orang supaya menanamkan sifat-sifat murni dalam diri. Inilah sebagai sebahagian daripada ilmu tasawuf iaitu perlu mengenali diri dan cuba membersihkan diri dari sifat keji dan memupuk sifat yang mulia.

Rumusan oleh : Syam Salleh

Inilah Fasal 5:

      Jika hendak mengenal orang berbangsa,
      lihat kepada budi dan bahasa

      Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
      sangat memeliharakan yang sia-sia

      Jika hendak mengenal orang mulia,
      lihatlah kepada kelakuan dia

      Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
      bertanya dan belajar tiadalah jemu

      Jika hendak mengenal orang yang berakal,
      di dalam dunia mengambil bekal

      Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
      lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: