Posted by: syamsalleh | December 10, 2008

Teratai Demam (Bahagian 5)

Oleh : Syam Salleh

Pagi hening bertukar gamat. Jeritan orang terpekik-pekik di sana sini. Pekikan itulah yang mengejutkan Katak. Air telah pun naik. Penduduk desa telah bergegas keluar. Katak mencari-cari ibunya tapi tidak ketemu. Dia masih mencari tapi dia harus juga menyelamatkan penduduk desa.

Matahari makin terik. Syukurlah air telah surut semula. Rupanya air naik akibat bot penyelamat dari kampung sebelah berulang alik ke Tebing Tinggi. Maklumlah kampung sebelah jarang banjir. Tetapi siapa yang bisa menidakkan takdir Ilahi. Maka berlakulah bah tahun ini.

“Tolong! Tolong!” Satu lagi laungan yang kuat dari penduduk desa. Seluruh warga desa yang masih jalu dengan peristiwa pagi tadi tiba-tiba tersedar. Terperanjat mereka itu melihatnya. Memang tidak disangka satu lagi tragedi menimpa.

Mak Katak ditemui terlentang di atas air berhampiran dengan rumah Kiambang. Perutnya lebih besar dari biasa bukanlah perkara yang aneh. Mak Katak memang mempunyai perut yang besar selepas melahirkan Katak. Ini ditambah pula dengan tabiat makan sambil meniarap menambahkan lagi proses pembesaran perutnya. Muka Mak Katak sembab mungkin akibat terminum banyak air. Apakah Mak Katak lemas? Itu semua mustahil bukankah keluarga Katak terkenal sebagai perenang yang pantas. Mak Katak adalah juara majlis sukaneka bahagian sukan renang kategori wanita lanjut usia mengalahkan pencabar terdekatnya dari dulu lagi Mak Keli. Tidak dapat dipercayai Mak Katak mati lemas. Mustahil lagi ajaib.

“Mak!” Katak menjerit sekuat hati. Kesedihannya tidak dapat dikawal lagi. Ibunya pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal selepas sehari ayahnya meninggal dunia akibat terkena ludahan sirih.

Di sana sini warga desa berbisik. Mereka semua membuat andaian bahawa Mak Katak mati bunuh diri dengan terjun ke dalam tasik ketika warga desa kelam kabut akibat bah pagi tadi. Dalam simpati mereka terhadap penderitaan Mak Katak kerana kehilangan suami tercinta, rupa-rupanya mereka sempat menabur racun fitnah bahawa Mak Katak mati di jalan yang sesat. “Bukankah bunuh diri itu perbuatan sesat dan menyesatkan”. Itulah fatwa yang mereka jatuhkan kepada Mak Katak.

Mak Katak tidak habis-habis dihukum sepanjang hidupnya. Semasa Haruan makan anaknya sendiri, Mak Katak dituduh terlibat sama. Padahal Mak Katak memang tak makan ikan kerana pantang. Kalau Mak Katak makan ikan dia akan terkena gatal-gatal dan kulitnya akan bertompok-tompok merah. Semasa kelip-kelip membuat majlis kahwin anaknya, Mak Katak dituduh sabotajkan majlis persandingan.  Tiba-tiba lampu terpadam dan keadaan kelam kabut. Mak Katak juga menajdi mangsa pertuduhan warga desa semata-mata Mak Katak duduk di sebelah suis lampu. Rupa-rupanya memang adat keluarga kelip-kelip masa bersanding tidak boleh dinyalakan lampu. Kalau tidak jodoh pengantin tidak panjang. Macam-macam betul adat-istiadat warga desa Tasik Permai. Pelik-pelik.

Disebalik semua rasa sangsi dan penghinaan warga desa terhadapnya, Mak Katak tetap tabah dan cuba menggagahi diri sendiri untuk terlibat dengan aktiviti warga desa daripada gotong-royong majlis kahwin sehinggalah sama-sama menolong melapah lembu ketika majlis korban. Kalau untuk membeli barang dapur, dialah yang sukarela untuk ke pasar. Mak Katak memang ringan tulang tidak seperti Kiambang.

bersambung…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: