Posted by: syamsalleh | December 6, 2008

Teratai Demam (Bahagian 4)

Oleh : Syam Salleh

Malam itu sugul. Peristiwa siang tadi masih meniti bibir warga desa. Kematian Pak Katak amat memeranjatkan.

Ketika upacara tahlil diadakan, ramai penduduk desa yang hadir. Cuma Kiambang saja yang tidak kelihatan. Mak Teratai berkata yang Kiambang demam. Kiambang duduk sendirian setelah kematian ayah dan maknya. Kiambang masih belum berpunya walaupun sudah meningkat usia. Sebagai kakak yang tua, Mak Teratailah yang menjengok-jengok Kiambang. Kiambang pula memang saban hari bertandang ke rumah Mak Teratai. Tidak kira masa. Kadang-kadang datang pagi untuk sarapan, datang tengah hari untuk makan siang, datang waktu senja untuk bersedia makan malam.

Itu semua bergantung jika Kiambang tiada hal-hal luar. Maklumlah kiambang memang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Sebagai ahli Sisters In Islam sering ke sana ke mari. Sebagai ahli wanita UMNO cawangan Tasik Permai sibuk menguruskan hal-ehwal parti untuk lawatan ke Putrajaya, mesyuarat cawangan, membantu mangsa banjir. Tetapi yang banyak lawatan-lawatan untuk, kononnya, menggalakkan kerjasama ahli parti atau sering dikatakan sebagai merapatkan barisan. Dulu sibuk juga berniaga ‘direct selling’ tapi bisnes tak bagus. Dulu pernah menyertai pergerakan Puteri Islam tapi sudah tidak aktif. Maklumlah asyik berzikir, marhaban dari rumah ke rumah, baca Yassin dan Quran, mengusahakan kerepek untuk jualan amal rumah orang-orang tua bukanlah trend terkini katanya. “Jiwa saya bukan di situ” jelasnya.

Mak Katak masih berkabung. Sebaknya belum reda. Masih terdengar tangisannya mengiringi tahlil. Kenduri arwah hanyalah ala kadar kerana Mak Katak bukanlah orang yang berada. Semuanya hasil sedekah jiran tetangga. Juadah yang biasa-biasa saja yang penting ikhlas. Kangkung goreng, lalat masak asam dan air paya tanpa gula. Penduduk desa tidak berkata apa-apa kerana bersimpati pada Mak Katak dan anaknya.

Selepas tahlil, semua penduduk pun beredar pulang ke rumah masing-masing. Katak yang penat seharian juga tertidur. Semenjak peristiwa tadi Katak ke sana ke mari untuk menguruskan jenazah ayahnya. Walaupun terkejut tetapi dia pasrah dengan ketentuan tuhan. Dialah yang akan memimpin keluarga.

Sebaliknya Mak Katak tidak henti-henti menangis. Kesedihannya tidak dapat ditahan lagi. Tanpa Pak Katak dunianya gelap tanpa cahaya. Dia memang telah lama hidup bersama Pak Katak. Jatuh bangun bersama. Walaupun kehidupannya miskin bersulam penghinaan masyarakat, tapi mereka hidup bahagia. Kecekalan mereka suami isteri menempuhi badai kehidupan tanpa henti menjadikan mereka pasangan contoh. Seringkali dipuji Tok Ketua dan menjadi tauladan dalam setiap kuliah agama dan kursus perkahwinan di Masjid Terapung.

bersambung…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: