Posted by: syamsalleh | December 6, 2008

Teratai Demam (Bahagian 2)

Oleh : Syam Salleh

Apakah Paya Lebar dapat menerimaku kembali. Katak terfikir sendiri. Setelah sekian lama meninggalkan Paya Lebar, kini dia harus kembali.

Di Paya Lebarlah Katak membawa diri 15 tahun yang dulu. Sudah 15 musim banjir berlalu, tidak termasuk banjir kilat akibat pembinaan lebuh raya baru 5 tahun lepas, dia melepaskan kesedihannya di Paya Lebar. Di Paya Lebar, Katak membawa kesedihan akibat kisah pahit yang menimpa dirinya. Katak membawa kepiluan akibat tragedi yang menghancurkan keluarganya. Kesedihan itu tiba-tiba datang lagi. Muncul semula kesedihan yang tidak diundang.

Katak harus menemui Pak Bakau. Pak Bakau akan dapat memberi nasihat yang baik dan menunjukkan jalan keluar dari permasalahan ini seperti dulu juga. Pak Bakau mungkin ada segala jawapan kepada persoalan ini seperti dulu juga. Pak Bakau pasti dapat membantu seperti dulu juga. Tapi adakah Pak Bakau masih ada atau telah…?

Haji Bakau Condong adalah nama sebenarnya tapi beliau dikenali sebagai Pak Bakau sahaja oleh masyarakat Paya Lebar. Pak Bakau seorang yang berwibawa. Seorang yang sering membantu dikala susah, teman ketawa, pendengar yang setia, pemaju bangsa. Pak Bakau disegani dengan sifatnya yang ikhlas dan tidak meninggi diri. Beliau sentiasa tunduk dari mula hidupnya hingga kini. Tunduk bukan kerana malu tetapi takut akan seksa Ilahi. Tunduk kerana menghormati masyarakat sekeliling.

Pak Bakaulah yang telah membawa pulang Katak ketika Katak duduk menangis sendirian di atas daun mengkuang layu setelah penat  merayau-rayau tanpa tujuan di kawasan selut di Paya Lebar. Pak Bakau telah membuka rumahnya kepada Katak. Di situlah Katak menumpang teduh dari matahari terik dan basahnya hujan. Di situlah Katak mendalami pengajian agama dari Pak Bakau. Disitulah Katak belajar erti gembira. Malah di situlah Katak diajar untuk mendahulukan orang lain. Di situlah dia bertemu Teratai. Di situlah dia mengenali cinta. Di saat cinta begitu asing padanya, di saat itulah cinta mendampinginya.

Berbulan-bulan lamanya Katak menumpang di rumah Pak Bakau. Selama itulah Katak menumpang tidur di sana. Selama itulah Katak menumpang makan dan minum di sana. Tapi tidak sebanyak Katak menumpang budi dan kasih di rumah Pak Bakau. Pak Bakau dilihat seperti ayahnya sendiri. Pak Bakau mengingatkan katak kepada ayahnya yang telah meninggal dunia akibat tragedi yang pahit itu.

Tragedi itu telah mengorbankan ayahnya dan tidak lama kemudian tragedi baru menimpa dirinya sehingga ibunya turut terkorban. Bukan itu sahaja, makcik Kiambang juga menjadi mangsa keadaan. Kejadian inilah menyebabkan dia disisih penduduk desa terutama Mak Teratai. Katak dipersalahkan atas segalanya.

bersambung…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: