Posted by: syamsalleh | December 1, 2008

Gurindam 12 : Fasal 4

Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh

Apabila dengki sudah bertanah, datang daripadanya beberapa anak panah

Mengumpat dan mengeji hendaklah fikir, di situlah banyak orang tergelincir
 
Pekerjaan marah jangan dibela, nanti hilang akal di kepala
 
Jika sedikit pun berbuat bohong, boleh diumpamakan mulut itu pekung
 
Tanda orang yang amat celaka, aib dirinya tiada disangka
 
Bakhil jangan diberi singgah, itulah perompak yang amat gagah
 
Barang siapa yang sudah besar, janganlah kelakuannya membuat kasar
 
Barang siapa perkataan kotor, mulutnya itu umpama ketor
 
Dimanatah tahu kesalahan diri, jika tiada orang lain berperi
 
Pekerjaan takbur jangan direpih, sebelum mati didapat juga sepih
 
 

 

 

 


Categories

%d bloggers like this: