Posted by: syamsalleh | November 22, 2008

Sayur Asam

Sayur Asam-untuk 4 orang

Bahan-Bahan:

5-6 batang kacang panjang (dipatah-patah lebih kurang 1 inci)

1 batang jagung (dipotong 1/2 inci)

5 sudu besar kacang tanah

5 sudu besar/50 gm ikan bilis

3-4 batang cili merah (boleh ditambah jika suka pedas)

3-4 ulas bawang merah

2-3 ulas bawang putih

3 sudu besar asam

 

Cara-cara:

1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili, dan ikan bilis

2) Assam di bancuh dengan air  3-4 cawan

3) Masukkan bahan-bahan di atas dan masak di atas api

4) Bila mendidih masukkan kacang tanah dan jagung

5) Bila kacang tanah hampir empuk, masukkan kacang panjang..masukkan garam secukup rasa

Nota:

Kacang panjang boleh ditukar dengan kacang bendi, kacang buncis dan terung atau pun kombinasi kesemuanya


Responses

  1. kalau syur asam mak aku xpakai bwg merah & putih. cuma tumbuk belacan dgn ikan bilis & cili. Rebus dulu air smpai didih masuk kan daun2 dulu, pas tu belacan td & air asam.

    camna nk buat rendang tok? Org ckp tmbahkan kerisik je tp x jd pn aku buat..x wrna hitam pn…silap hb aku letak kicap kang.

  2. kerisik tu ko goreng tanpa minyak dulu tak sampai warna brown…?

  3. kena goreng ke bkn yg jual dlm peket tu warna perang ke?

  4. Salam,
    cuba tengok no 4 dan no 5, dua-dua kacang tanah.. no 5 tu kacang panjang la kot ekkk,… huhuhu

  5. xkisah la ude kacang ape pn yg penting tgh kecur air liur ni….br nk ganti posa..hheheh..bla nk g wang solo lg yer……

  6. thanks ude…tersilap lak…

  7. cakap pasal ganti posa…hehe, ganti posa kat sini la paling best, kul 4 dah boleh buka.. heish silap.. 3.55pm tu… hehehhe mengelat sungguh..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: