Posted by: syamsalleh | November 14, 2008

Kamal dan Ude : Teman tapi mesra tapi kenapa takde apa-apa?

Setelah gian untuk tulis blog ni, aku menyelongkar folder-folder gambar yang aku ada. Tiba-tiba terjumpa gambar ini. Gambar ini dirakamkan semasa perkahwinan Ilyah 2 tahun lepas.

Kamal dan Ude adalah teman rapat aku. Mereka juga rapat antara satu sama lain. Sering membicarakan pelbagai tajuk bersama dari hal-hal semasa, isu politik, debat agama, cerita-cerita masa lampau dan juga harapan masa depan.

Tapi kenapa setakat itu perhubungan mereka? Bukankah mereka boleh pergi lebih jauh dari itu kalau mereka mahu. Pasti aku dan yang lain-lain gembira. Jangan marah ye…Cuma tertanya sendiri akan kekuasaan Ilahi yang memiliki manusia. Maka aku serahkan segalanya pada Ilahi. Cinta tidak datang secara paksa. Cinta juga punya hati dan perasaan seperti manusia.

Adakah cinta antara mereka?

Kamal dan Ude : Adakah cinta antara mereka?

Jadi gambar ini melihatkan Kamal dan Ude. Tapi Kamal tak ceria seperti selalu… Kenapa ye?


Responses

  1. bukan apa…yelah kalau dapat dilanjutkan perhubungan itu kan bagus….tapi mcm I ckp la semua kuasa Allah kan..

  2. Syahrul…..sejak bila pulak dah pandai nak kenen2kan uda n kamal nih?????

  3. btul ke ade ape2? kamal & ude…ade ape2 nk comment?

  4. Huhu… cam artis plak ada gossip2 cam ni.. (menggaru2 kepala sambil berfikir kenapa gossip seperti ini tiba2 timbul)…

    p/s: Nanti la ude tanya kamal dia ada hati tak kat ude huhu..

  5. akupun terasa macam artis, tiba2 je gossip ini muncul. by the way, orang selalunya dapat membezakan antara fakta dan mainan kata dari wartawan yang kekeringan cerita panas. sebelum permainan ini bertambah hangit, eloklah aku nyatakan yang cerita ini hanya gossip ciptaan sang punya blog ini.

    ataupun, mungkin juga sang penulis ingin mencari peluang untuk ketahui samaada Ude sudah berpunya ataupun tidak, agar sang penulis boleh membuat suatu keputusan. silakan, kiranya anda mempunyai hati pada si dia.

    sungguh cucuk dia buatmu Syam…

  6. Isq,.. isq,.. isq.. apakah ini… sungguh tidak selesa… tu la… gossip2 tak elok >>>>>>> mengundang fitnah je…,.. tu la dunia artis, gossip sana, gossip sini bla bla bla… (jangan la jadi artis kan…) – huhu makcik pun dah start berleter nasib la korang…

  7. Ude, jgnlah marah. Kamal saje jerk. Alah, Ude kan harus kenal kawan kita yang sorang tuh. Mmg kaki gossip.

    Mungkin buat Syam, kawan2nya adalah seperti artis. Yang bezanya, kawan2nya tidak dibayar untuk dibuat persembahan untuk. So, jom kita gie karaoke.

    Aat boleh nyanyi lagu Rossa dan Kamal boleh sumbangkan lagu Better Man kat Rini.

  8. kamal nak nyanyi lagu apa plak untuk ude?, hehehehe..😉

    P/s: Menegur bukan bererti benci, Mengkritik bukan bermakna salah, berlainan pendapat adalah rakan belajar yang baik, cheers!

  9. Betul tu ude…
    bila ko nak balik ni? Tapi ko kena bawak balik present tau utk aku..Alah..sekarang kan tgh sale krismas….

    Apa pun aku memang anggap korang sbg artis..kalau tak famous mana bleh masuk blog I….

    p/s Kamal nak nyanyi ‘nasi minyak kau itu’ yg pernah dipopularkan oleh Hail Amir dan Uji Rashid..tp kamal reti ke lagu2 lama ni…?

  10. uda…bila balik? belilah souvenir arsenal satu ….hehhe…contact enny tau kalo balik….
    sorry la syahrul, enny msg uda pakai blog shahrul pulak….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: