Posted by: syamsalleh | November 12, 2008

Kak CTR

Di tempat kerja lama ada seorang akak yang dekat dihatiku. Kita duduk dalam satu jabatan. Secara kebetulan juga duduk di cubicle yang sama.

Dialah yang banyak mengajarku tentang kehidupan, tentang pejabat, tentang kerja. Pengalamannya luas tapi yang paling penting dia jujur dan ikhlas.

Kak CTR mempunyai kemahiran memasak. Teringat lagi pulut kuning dan rendang ayam hasil tangannya. Sedap dan mengiurkan. Selalu juga lauk pauknya itu dihidangkan di pejabat. Itu belum lagi nasi dagangnya. Walaupun dia dengan nada merendah diri “Akak baru belajar buat” tapi serasa. Dialah yang memperkenalkan keenakan nasi dagang kepadaku.

Kak CTR telah punya anak 5. Wanita yang amat dikasihi suaminya ini bijak membahagi masa antara kerja dan tanggungjawab pada keluarga.

Susah untuk berkenalan lagi dengan insan sepertinya. Orang yang baik memang sukar ditemui. Walaupun jarang jumpa lagi tapi tetap ingat pada dia.

Semoga Kak CTR sukses sentiasa. Terimalah lagu Sharifah Aini bertajuk ‘Fatwa Pujangga’. Saya terpaksa berhenti takut menangis depan pc. Sedihlah lagu ni….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: