Posted by: syamsalleh | November 11, 2008

Taj Mahal : Keindahan Cinta Abadi

Aku berpeluang ke India dan ke Agra pada Februari tahun 2007. Pengembaraan sulung ke benua kecil India tidak begitu mudah maklumlah sebagai back-packers tapi menyeronokkan.

Agra menyimpan sejarah lampau yang pelbagai. Agra seringkali dikaitkan dengan Taj Mahal yang merupakan monumen ajaib dunia yang baru. Dibina dari marmar putih lambang suci kasih sayang Maharaja Shah Jehan kepada permaisurinya Mumtaz Mahal. Mumtaz Mahal bermaksud permata istana sudah cukup untuk kita faham bahawa baginda amat disayangi maharaja.

Taj Mahal dari pintu utama

Taj Mahal dari pintu utama

Keindahan sewaktu memasuki pintu utama sukar digambarkan. Bagaikan mimpi ke zaman silam. Di depannya dihiasi taman indah ratusan indah. Di belakangnya Sungai Jamuna yang bersejarah itu. Di sisi kanan terletaknya masjid dan disebelah kiri replika masjid supaya kelihatan seimbang. Bangunannya simetri bermaksud ia kelihatan sama dari empat penjurunya. Dihiasi dengan empat menara menambah kemegahannya.

Taj Mahal dihiasi permata nilam, zamrud dan delima. Walaupun sebahagiannya telah dirompak masa penjajahan British. Dalamnya bersemadi dua jasad yang saling bercinta. Walaupun Shah Jehan hidup lama tapi derita tanpa Mumtaz. Baginda dipenjara oleh anaknya di Agra Fort. Hanya menziarahi kubur Mumtaz dengan matanya dari kamar yang menjadi penjara baginda.
 Taj Mahal keemasan dilimpahi mentari pagi
Taj Mahal yang indah

Taj Mahal yang indah


Responses

  1. tingin nak g India jugak… nice captured,.. !!

  2. i will definitely go to India one day…and visit TAJ MAHAL in Agra!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: