Abg Lan (bukan nama sebenar) kukenali semasa mula-mula sampai ke kota raya ini. Baik orangnya. Segak bergaya dan tampan juga. Berkelulusan sarjana ekonomi. Baru diterima menjadi pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi negara. Dah bertunang dengan Kak Lili (nama samaran jua). Pensyarah juga bidang yang sama.
Tapi itu semua kisah lama.
Aku dihubungi Abg Lan semalam. Baru menerima kedatangan anak ketiga. Suara ceria tetiba bertukar sangsi. Terketar-ketar.
Abg Lan ingin mengadu nasib dan bertanya pendapat. Dia telah mula menyukai pelajarnya sendiri. Siswi yang cantik dan pandai merayu pula. Yelah, pada usia begitulah memang sedang enak bercinta. Melihatkan Abg Lan sebagai idolanya, bukan kesalahan siswi itu secara total.
Cinta datang tanpa diundang. Kasih datang melayang bersama angin lalu. Itulah ujar Abg Lan.
Aku bukanlah orang yang cocok untuk kisah ini. Tiada nasib dalam percintaan. Aku jauh dari cinta sepertimana cinta juga seperti menyisihkan dirinya dariku.
Maka inilah nasihatku padanya:
Langkah 1 : Jauhi dirimu dari wanita penggoda. Sama ada dia sedar atau tidak akan hakikat itu. Dia masih muda belum tahu apa-apa. Masih ‘trial and error’. Tapi Abg Lan punya segalanya. Isteri cantik, pintar, berbudi bahasa. Anak-anak penghibur duka, pembawa senyum, pengundang sabar.
Langkah 2 : Berdoa pada Tuhan. Dialah empunya cinta. Dialah penguasa hati.
Langkah 3 : Rapatkan hubungan suami isteri. Hubungan yang carik itu diisi syaitan. Syaitan itu ramai konco-konconya. Sama ada sedar atau tidak.
Dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk.
Ada yang senang didampingi cinta. Ke kanan kasih, ke kiri sayang. Cinta datang tidak diduga
Ada yang ketandusan cinta sepertiku. Ke depan sepi, ke belakang sunyi. Cinta tidak berkunjung tiba.
Katakan padanya “Tapi bukan aku”.
Syam, adakah aku mengenali Bang Lan itu? Apa yang ingin ku kupas ini bukanlah cinta Bang lan tapi kisah cintamu yang tak kunjung tiba.
Syam, semua orang tahu (kawan-kawan baikmu) yang kau pernah digilai oleh seseorang. Dia pernah menagih cinta dari kau. Malangnya, kau gagal hidu cinta darinya. Aku tak salahkan kau tapi aku salahkan bius cinta kau yang terlalu kuat. Apa yang aku ingin nyatakan ialah, CINTA pernah datang menjemput kau, cuma kau tak menyambutnya. CINTA pernah cuba mendekati kau, cuma kau yang menjauhinya.
By: aku on November 11, 2008
at 6:29 am
Memang tujuanku untuk menyamari fokus kisah ini. Supaya Abg Lan dapat mengambil iktibar darinya.
Tidak….kau tidak mengenalinya.
Sudah…jangan kau sebut-sebut lagi pasal itu. Kau tidak berhak menyebutnya. Eer ko juga pernah juga bukan?
By: syamsalleh on November 11, 2008
at 10:32 am
Syam…aku sbg seorg wanita, isteri & ibu cukup tersentuh dgn kisah abg lan ni. Aku x salahkan abg lan semata2 tp jg kpd pelajar yg jg seorg wanita spt aku yg juga mempunyai ayah & ibu…apa pelajar itu tidak terfikir apa perasaan ibunya malah dirinya sendiri jiakalau ayahnya turut bermain cinta dgn wanita yg jauh lebih muda drp ibunya.
Tapi yg plg penting aku jg nk menyatakan pd sahabatmu ‘aku’ itu….hhmm cukupla aku tujukan lagu ” Aku Bukan Untukmu”. Hahaha
By: cta on November 11, 2008
at 2:16 pm
hahaha…..lawak ler korg ni. aku nk tulis pn x jd. asyik nk gelak jer!
By: sya on November 13, 2008
at 2:50 am
memang lawak kan sya..
hahaha
By: rini on December 10, 2008
at 11:58 am