Posted by: syamsalleh | June 7, 2008

Kenaikan Harga Minyak: Realiti dan Fantasi

Kenaikan harga minyak di Malaysia dari RM 1.92 ke RM 2.70 dan diesel dari RM 1.58 ke RM 2.58 bukanlah suatu yang memeranjatkan memandangkan harga minyak dunia yang naik saban minggu. Cuma jumlah kenaikan itu agak besar berbanding kenaikan harga beberapa tahun sebelumnya.

Saya lebih bimbang dengan kesan sampingan atau ‘domino effect’ yang pasti lebih besar dan ketara kali ini. Domino effect pasti lebih gah disebut ‘chain reaction’ sesuai dengan hukum nuklear fizik yang menjadi dasar perkembangan dan kesan bom nuklear amat ditakuti dunia.

Kenaikan harga beras, tepung dan gula akibat kekurangan bekalan barangan tersebut sudah cukup menggoyahkan kerajaan dan menguji rakyat. Bayangkan ikenaikan minyak bukan hanya dirasai oleh pemilik dan pengguna kenderaan permotoran seperti kereta, motosikal, lrt. Nampak gayanya basikal jer belum naik harga.

Selepas itu semua barangan akan naik harga kerana menggunakan pengangkutan yang menggunakan petrol dan diesel. Para peniaga makanan pun seharusnya menaikkan harga makanan pula.

Kesan ini paling hebat akan diterima oleh masyarakat yang berpendapatan rendah. Merekalah yang telah lama mengeluh akan ini semua. Tapi hakikatnya memang fenomena kenaikan harga minyak tidak patut ditangisi. Umum telah tahu simpanan minyak dunia memang telah berkurangan sejak 1970an lagi. Sebab itu kita sepatutnya memperhebatkan usaha untuk menggantikan petrol dan diesel dengan lain-lain sumber.

Walaupun Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kejayaan negara menggantikan bahan api tiu dengan minyak kelapa sawit tapi masih belum dibuktikan kepada umum. Masih lagi menjadi rahsia rasmi kerajaan atau mungkin usaha itu memang tidak berjaya. Hanyalah sebagai suatu lagi pengakuan kosong mamanda perdana menteri. Sekaranglah sepatutnya mempamerkan kehebatan teknologi berkenaan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: