Posted by: syamsalleh | March 17, 2008

Pilihanraya Umum ke 12 dan Malaysiaku Gemilang

Pilihanraya baru-baru ini merupakan suatu sun tikan semangat baru untuk semua. Siapa sangka parti yang kuat dan gagah perkasa hampir pengsan dek penangan rakyat. Aku sendiri tak pernah terfikir dapat melihat suasana tsunami politik ini semasa hayat ini.

BN memang telah lama koma di Kelantan tetapi hakikat BN tersungkur menyembah bumi di Kedah, tersedak di Perak, tertiarap di Selangor dan putus tangan dan kaki akibat bahana roket DAP di Pulau Pinang.

Kelemahan BN yang memang telah lama diperkatakan telah ditunjukkan oleh rakyat yang sudah jelak dengan janji manismu. Hakikat pembangunan yang diperjuangkan itu dilihat masyarakat hanyalah teh tarik basi yang dihidang dengan lempeng hangus perpaduan kaum.

Setelah lebih 50 tahun perikatan, kini BN, masih menepuk dada atas hasil usaha mereka yang telah lapuk itu. Rakyat mahukan lebih. Ramai yang termakan BN = barang naik, tetapi itulah hakikatnya. Rakyat yang hidup terkulat-kulat, melainkan segelintir orang yang hampir dengan kerajaan dan individu tertentu, tak dapat lagi menahan sebak melihat kehinaan hidup mereka. Masih ramai yang hanya mampu melihat orang lain berkereta dan berumah besar padahal mereka bergolok bergadai untuk terus hidup. Bukan untuk kaya, cuma untuk mengisi perut hari esok. Sedih bukan!

Kerajaan sering memperbesarkan isu subsidi minyak masak, petrol, gula, tepung dan pelbagai lagi. Tapi kerajaan BN tidak ikhlas membantu rakyat. Isu lapuk tak juga selesai. Malah orang yang berdagang gula masih lagi hartawan nombor satu negara. Di manakah keadilan!

 Sepatutnya kerajaan menanam tebu melalui pelbagai agensi seperti RISDA, membangun kilang gula dan menggaji rakyat tempatan. Kata kerajaan mempunyai ekonomi kukuh. Buktikanlah pada rakyat!

Semoga hasil pilihanraya ini membawa Malaysia ke tahap lebih gemilang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: